Lakukan sekurang-kurang satu kebaikan sehari..
Murid-murid yang Cikgu kasihi sekelian, pastikan kamu melakukan sekurang-kurangnya satu kebaikan sehari ketika di sekolah. Kebaikan yang Cikgu maksudkan di sini bukanlah kebaikan kepada diri sendiri tetapi kebaikan kepada orang lain, seperti guru atau kawan kamu sendiri,kepada pihak sekolah,hatta kepada alam sekitar sekalipun, dan sebagainya.
Percayalah bahawa sekiranya kamu melakukan sesuatu kebaikan, kamu akan berasa lega, lebih tenang dan puas. Sebaliknya, apabila sikap seperti ini jadi amalan,kamu tidak akan berasa tenang dan puas selagi belum membuat apa-apa kebaikan di skolah ini dalam sehari.
buatlah sesuatu kebaikan walaupun kebaikan itu kecil, ringan atau mudah seperti memungut sampah kecil yang kamu temui di jalan yang sedang kamu lalui. Mungkin ada seseorang yang 'gatal tangan' dan telah memetik lampu koridor pada waktu persekolahan.Maka padamkan lampu itu. Tindakan seperti ini jug adalah satu kebaikan.
Lakukanlah kebaikan itu dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan agar tindakan kamu itu dilihat oleh seseorang atau mengharapkan sebarang ganjaran dalam bentuk hadiah,pujian, dan umpamannya.Sekiranya ini bukan amalan kamu, mulakan dengan memaksa diri kamu sendiri, untuk melakukan sesuatu kebaikan itu.Apabila kamu melakukan kebaikan, maka kamu sebenarnya layak bergelar manusia yang berguna kepada masyarakat,agama dan bangsa.
Untuk menyemai sikap yang mudah tetapi berat bagi sesetengah pelajar,sebaik kamu melangkah masuk ke kawasan sekolah. katakan kepada diri kamu sendiri, "Hari ini aku akan melakukan SATU kebaikan di sekolah ini."
Seterusnya apabila sikap yang baik ini dapat kamu kuasai, kamu boleh menukarkan perkataan SATU itu menjadi dua,tiga dan seterusnya. Angka tidak terhad tetapi janganlah berlebih-lebih pula sehingga kamu tidak dapat melaksanakanya.
Cubalah murid-murid sekalian. Tidak ada apa-apa kerugian yang akan kamu tanggung dengan berbuat sekurang-kurangnya satu kebaikan sehari.Percayalah bahawa amalan ini akan memberikan keuntungan kepada kamu tanpa kamu sedari.
sumber : Majalah Pendidik
No comments:
Post a Comment