Saturday 26 November 2011

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 9 Tahun 2010
Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Isi-isi penting:

1. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan hendaklah berkuatkuasa mulai 1 Januari 2010

2. Tempoh pengajaran dan pembelajaran secara rasmi di kelas prasekolah bagi murid-murid berumur 5+ tahun adalah tidak kurang daripada empat jam sehari termasuk waktu rehat selama 5 hari seminggu dan jumlah jam seminggu adalah tidak kurang daripada 20 jam.

3. Tempoh pengajaran dan pembelajaran secara rasmi di kelas prasekolah bagi murid-murid berumur 4+ tahun adalah tidak kurang daripada tiga setengah jam sehari termasuklah waktu rehat selama 5 hari seminggu dan jumlah jam seminggu adalah tidak kurang daripada 17 1/2 jam

4. Peruntukan masa bagi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa pengantar lain adalah seperti berikut:
Bil  Bahasa                                 
 Peruntukan Masa Minimum Seminggu untuk Kelas
Prasekolah yang bahasa pengantarnya (minit)
Bahasa MalaysiaBahasa Pengantar Lain
1       Bahasa Malaysia600400
2Bahasa Inggeris600400
3Bahasa Cina/Bahasa Tamil/
Bahasa Inggeris/Lain-lain
400
Jumlah12001200
Jadual 1. Peruntukan Masa Minimum untuk Bahasa dalam Kelas Prasekolah

5. Jika di dalam sesebuah kelas prasekolah terdapat lima orang murid atau lebih yang beragama Islam, maka murid-murid tersebut hendaklah diberikan pengajaran Pendidikan Islam oleh guru yang diluluskan oleh pihak berkuasa negeri sekurang-kurangnya 2 jam seminggu.

6. Jika di dalam sesebuah tadika terdapat lima orang murid atau lebih yang bukan beragama Islam, maka murid-murid tersebut hendaklah diberikan pengajaran Pendidikan Moral sekurang-kurangnya 2 jam seminggu>

KPSK ini hendaklah dilaksanakan di semua tadika dan prasekolah yang berdaftar di bawah Akta Pendidikan 1996. Bagi prasekolah swasta yang ditubuhkan sebelum tahun 2010 hendaklah melaksanakan sepenuhnya Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan mulai Januari 2011.




SUMBER : Kementerian Pelajaran Malaysia

Cerebral Palsi

“CEREBRAL” ialah OTAK
“PALSY” bermaksud “KURANG ATAU TIDAK UPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTOT”
Kanak-kanak cerebal palsy mengalami (sebahagian besarnya) kerosakkan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan di peringkat awal bayi dilahirkan – ketika bahagian otak berkembang dengan pesat.
Sebelum Kelahiran
  • Jangkitan dalam rahim
  • Ibu mengalami darah tinggi, kancing manis, kurang darah ketika mengandung
  • Pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung
Semasa Proses Kelahiran
  • Kelahiran tidak cukup bulan
  • Kecederaan semasa lahir
  • Lemas semasa lahir
  • Jangkitan semasa lahir
Selepas Kelahiran (sebelum berumur 3 tahun)
  • Meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) – demam kuning
  • Jaundis yang teruk (kemicterus)
  • Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan fizikal.
Seseorang kanak-kanak ceberal palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran tanpa mengira jantina, kaum, umur ibu atau latar belakang sosial.
Punca-punca :
  • Kekurangan bekalan oksigen (anoxia) – punca utama.
  • Perkembangan otak yang tidak normal.
  • Rembesan (intraeraneal bleeding).
  • Demam kuning.
  • Terhentak / terhempas / kejutan.
  • Serangan kuman / penyakit.
Tanda-tanda :
  • Bayi kelihatan lembik
  • Lewat perkembangan
  • Menggunakan sebelah tangan (hand preference)
  • Masalah menyusu
  • Kerap menangis, meragam, merenggek, tanpa sebab ataupun terlalu diam dan kurang tindak balas
  • Sembelit
  • Cepat marah
Perkembangan kanak-kanak cerebral palsy
Bagi kanak-kanak yang menhidapi cerebral palsy biasanya kita dapati mereka akan lahir lebih awal berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Selain daripada itu, kanak-kanak seperti ini sewaktu lahirnya jarang atau tidak menangis.
0 – 10 bulan
Kanak-kanak ini pada peringkat awalnya sukar untuk melakukan pergerakan biasa bagi kanak-kanak normal seperti maniarap, duduk mengesot dan sebagainya.
11 bulan
Mula merangkak, tetapi tidak mahu berjalan dan mereka biasanya akan berdiri di hujung jari ibu kaki sahaja seolah-olah bimbang untuk bertapak.
1 – 3 tahun1 tahun masih belum boleh berjalan / anggota tubuh lembik.
Tabiat bertahan nafas atau breathulding spell berlaku disamping berlakunya kekejangan terhadap anggota badan sekiranya kanak-kanak tersebut menangis apabila kemahuannya tidak dituruti dan didapati mukanya bertukar menjadi warna biru. Apabila di menarik nafasnya dan menangis, warna dimukanya kembali cerah semula.
8 tahun
-Belum boleh bercakap
Akibat daripada kerencatan ini boleh juga menimbulkan lain-lain kerencatan seperti : - Rencatan akal (kurang kecerdasan)
- Kerencatan pertuturan
- Rencatan penglihatan
- Rencatan pendengaran
- Sawan (epilepsy)
- Kecacatan anggota
- Kecacatan gigi
- Masalah mengenai pernafasan
- Masalah mangenai pemakanan
- masalah untuk buang air besar atau kecil.
Jenis-Jenis Cerebral Palsy (Spastik, Ataxia, Athetoid)
Spastic – Bahagian-bahagian otot anggota yang spastic manjadi tegang dan tidak mudah kendur semula. Pantulan yang terhasil adalah secara terserentak dan mengejut.
Athetoid – Bahagian-bahagian anggota bergerak tanpa dapat dikawal otot otak (ivoluntary movements). Akibatnya seseorang kanak-kanak athetoid menunjukkan gimik muka.
Atxia – Pada prinsipnya kanak-kanak ataxia ini tidak dapat duduk, berdiri dan berjalan. Kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk mengawal keseimbangan badan dan kodinasi otot, bergantung kepada kadar kepintasan yang dialaminya. Biasanya, jika kanak-kanak ini mampu berdiri dan berjalan sekalipun, kakinya akan berkeadaan terkangkang luas bagi membantu mandapat keseimbangan postur tersebut.
Hypoytonik (Campuran sifat-sifat di atas) – otot lembik
Latihan dan pendidikan kepada kanak-kanak Cerebral Palsy.
Kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai otak yang kurang berfungsi. Tetapi, sekiranya umur mereka lebih muda. Fungsi otak itu akan menjadi lebih baik. Iaitu walaupun mereka mempunyai otak yang kurang berfungsi, namun mereka boleh berkembang secara beransur-ansur. Oleh kerana itu, kita mesti memperkenalkan kanak-kanak Cerebral Palsy ini ke Fisio Terapist dan Occupational Terapist secepat mungkin. Kalau kanak-kanak tidak diberi latihan oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga untuk jangka masa yang lama, kecacatan mereka akan bertambah teruk. Contohnya, sendi mereka akan menjadi lebih keras dan tulang belakang mereka akan menjadi bengkok. Oleh itu, kanak-kanak Cerebral Palsy mesti diberi latihan tiap-tiap hari oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga di hospital atau di rumah. Jikalau, kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai terencat akal juga, mereka perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas dan keluarga mereka.
Jenis-jenis Masalah dan Tiga Bentuk Utama.Kecacatan warisan atau keturunan tidak berapa penting dalam kelumpuhan otak. Masalah utama secra langsung melibatkan otak. Tiada kecederaan yang berlaku secara langsung kepada anggota yang terlibat. Terdapat tiga bentuk utama kelumpuhan otak iaitu Spasticity, Athetosis dan Ataxia. Mereka yang mengalami ketiga-tiga bentuk kelumpuhan otak di atas dikenali secara umum sebagai penyakit Cerebral Palsy atau spastic.
Cortex atau Lapisan Luar Otak Cortex atau lapisan luar otak terlibat dalam pemikiran, pengetahuan dan sensasi. Kanak-kanak yang mengalami spasticity menghadapi kawalan pergerakan yang tidak terkawal, kelemahan otot-otot dan seringkali mengalami gangguan dalam tumbesaran dan perkembangan. Kerosakan di bahagian cortex ini berlaku berpunca daripada keadaan spastic sebenarnya. Kerosakan bahagian luar otak boleh memberi kesan kepada kedua-dua bahagian anggota di sebelah bahagian tubuh, iaitu bahagian anggota bawah atau keempat-empat bahagian anggota badan.
Basal Ganglia
Bahagian ini terletak di bawah cortex iaitu di tengah-tengah otak. Basal ganglia dan serebelum membantu meng organisasikan atau menyusun pergerakan dengan amat teratur, harmoni (bersantun) dan lebih ekonomikal. Gangguan di bahagian basal ganglia ini boleh menyebabkan berlakunya kecederaan yang dikenali sebagai Athetosis. Ciri utama yang dihadapi olah athetosis ialah pergerakan yang secara tidak disengajakan dan mengganggu pergerakan yang normal dalam tubuh manusia.
Serebelum
Serebelum ini terletak di bahagian asas atau dasar otak. Bahagian ini berperanan ‘mentadbir’ fungsi tubuh manusia seperti koordinasi opergerakan, gaya dan keseimbangan. Serebelum dihubungkan dengan pangkal otak yang menghubungkan bahagian atas otak kepada saraf tulang belakang. Kanak-kanak spastic yang menghadapi Ataxia berpunca daripada kecederaan pada bahagian serebelum mengalami gaya melangkah yang tidak stabil dan kesukaran dalam mengimbang badan.Orang cacat spastic yang lebih mungkin sekali menghadapi lebih daridada satu kategori asas biajnosa dan pengklasan menggambarkan kesukaran yang amat sangat.
Mengesan Kanak-kanak Spastik.
Kanak-kanak spastic dapat dikesan dari simtom-simtom yang ditunjukkan :
Kesukaran sewaktu makan
Kanak-kanak spastic akan mengalami kesukaran menghisap, menelan dan mengunyah makanan. Ini seringkali menyebabkan mereka muntah. Kanak-kanak juga akan serta merta menggigit makanan yang diletakkan di dalam mulut mereka dan akan sukar untuk di keluarkan semula.
Masalah pernafasan
Kanak-kanak akan mengalami kesukaran bernafas, pernafasan mereka menjadi kencang dan bising.
Masalah tidur.
Kanak-kanak juga mengalami kesukaran tidur, mereka kerap terjaga di waktu malam dan sering menangis.
Masalah pertuturan.Kanak-kanak spastic tidak boleh mengeluarkan suara iaitu mereka tidak boleg memanggil ibu bapanya ataupun mengeluarkan “babbling sound”. Kanak-kanak juga tidak memahami apa yang di katakan kepadanya.
Masalah pendengaran.
Kanak-kanak spastic hanya akan bertidak balas terhadap bunyi yang kuat ataupun tidak bertindak balas langsung terhadap bunyi.
Masalah penglihatan.
Sering kali kanak-kanak ini juling ataupun mengalami mistagmus iaitu pergerakan bola mata yang berterusan.
Reaksi yang tidak normalKanak-kanak spastic sering akan menangis disebabkan bunyi, cahaya dan sentuhan. Kanak-kanak ini juga kadangkala tidur berlebihan (hipersomnia).
Kemungkinan mengalami simtom-simtom terencat akal.Kanak-kanak spastic mungkin mengalami kerencatan akal jika didapati mereka tidak pernah tersenyum, tidak mengenali ibu bapanya, sentiasa tidur, tidak bertindak balas atau tidak berminat terhadap keadaan sekelilingnya.
Sumber Rujukan : Unit Pendidikan Khas, SK Selayang Jaya

DISLEKSIA

DEFINISI

Perkataan “disleksia” (dyslexia) adalah hasil gabuangan dua perkataan Greek iaitu “Dys” yang bermaksud kesukaran dan “Lexis” bermaksud perkataan atau dengan kata lain, kesukaran menggunakan perkataan. Istilah ‘buta huruf’ juga digunakan untuk kategori ini. Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ (Hammond dan Hugges, 1996:3)
“Disleksia ialah satu ‘Disorder’ dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek” (World Federation Of Neurology, 1968) Selain itu terdapat juga beberapa perkataan lain yang berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah:-
  • Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang disleksia yang bermasalah dalam pengiraan ataupun matematik
  • Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa
  • Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis yang bermasalah dalam ko-ordinasi moto-mata-tangan
APA ITU DISLEKSIA?
Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang cukup dan peluang budaya yang sempurna. Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini dapat dikurangkan. Disleksia juga bukan disebabkan kecerdasan yang lemah serta penglihatan tetapi seseorang disleksia tidak mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik. Ternyata sekali disleksia menghuraikan sesuatu kelainan dalam otak, selalunya ia adalah pemberian Tuhan yang terus berkembang dalam diri seseorang dengan cara yang berlainan.
SIAPA YANG MENGALAMI DISLEKSIA?
Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak.
Jenis-jenis Disleksia
Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :
Disleksia visual (penglihatan)
Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik

Disleksia auditori (pendengaran)
Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori
Disleksia visual-auditori
Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio
.
PUNCA-PUNCA DISLEKSIA
Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes, 1996 dan Spaafford dan Grosser,1996, antara punca-punca disleksia ialah;
Keturunan atau genetik
Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga yang mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah darjah keterukannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia desebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun-temurun
Biologi
Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah semasa dilahirkan tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan perkembangan. Sebahagian daripada kerosakan otak yang menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosalan ini minimum
Kematangan 
Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangannya pada bahagian tertentu dalam sisitem saraf. Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki lambat matang daripada kanak-kanak permepuan. Kelewatan kematangan pada kank-kanak merupakan salah satu kemungkinan punca disleksia

CIRI-CIRI DISLEKSIA
Kanak-kanak pra-sekolah :
- Kemahiran bertutur yang lambat dan sukar memahami arahan
- Suka mengganti perkataan dan hiperaktif
- Kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah
- Seringkali terlupa nama benda-benda atau pelajaran yang dipelajari
- Tidak merangkak semasa bayi
- Suka mendengar bacaan tetapi tidak berminat membaca sendiri
- Sifat ingin tahu tinggi, berminat terhadap pekara baru dan suka bertanya banyak soalan
Kanak-kanak
Sekolah Rendah :
6 hingga 9 tahun
- Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor
- Menggunakan jari untuk mengira dan membaca
- Keliru dengan kiri dan kanan
- Tulisan cermin atau terbalik
9 hingga 12 tahun
- Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman
- Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan
- Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks
- Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang
- Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah
- Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa
 Sekolah Menengah :
- Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten
- Kesukaran menulis karangan
- Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral
- Kesukaran mempelajari bahasa lain
- Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan
- Jenis orang yang suka senyap
- Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten
- Kurang kemahiran bersosial

MASALAH KANAK-KANAK YANG MENGHADAPI DISLEKSIA
Masalah utama yang dihadapi kanak-kanak disleksia kebanyakanya adalah dalam proses pembelajaran. Permasalahan ini boleh dikelaskan kepada;
Mengeja
Kelemahan mengeja akan menyebabkan kebolehan untuk menyampaikan pengetahuan yang diperolehi adalah terhad. Untuk tempoh jangka mas yang panjang kelemahan dalam proses mengeja akan memberi kesan terhadap kelemahan membaca. Timbulnya masalah ini adalah berpunca daripada masalah-masalah awalan seperti terdapatnya kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-huruf seperti;
m – w y –g – j u – n m – n

c – e p – q h – n b – d
Terdapat juga kekeliruan dalam membunyikan huruf seperti
t – h f – v
Membaca
Kesukaran ini menghadkan kebolehan kanak-kanak untuk mendapatkan maklumat daripada rujukan-rujukan yang berkaitan. Secara langsung ianya akan membuat kanak-kank merasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. Mereka censerung menterbalikkan perkataan seperti:
Batu – tuba
Gula – lagu
Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam ayat. Contohnya seperti berikut:
pada masa yang sama – dapa masa yang masa
Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris. Contohnya seperti berikut :
Bahasa Inggeris dengan Bahasa Melayu
Jam – jem
cat – cat

Menulis
Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk memindahkan maklumat ke atas kertas. Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan. Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-pelik
Bercakap dan mendengar
Terdapat juga diatara mereka yang mengalami kesukaran untuk bertutur. Mereka juga kelihatan seperti tidak mendengar atau mempedulikkan. Hal ini berlaku disebabkan kelambatan dalam proses maklimat yang diperolehi. Mereka juga tidak melakukan atau menyusun sesuatu mengikut susunan.
Nombor
Kanak-kanak ini juga menghadapi kesukaran dalam pembelajaran yang berkaitan dengan matematik mental. Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka menterbalikkan nombor yang sama. Contohnya seperti berikut :
3 – 5 – 8
9 – 6

Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial
- Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan pandai membutangkan baju, kidal dan pandai mengikat tali kasut
- Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel pemalas dan kelihatan bodoh
- Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta pengamatan yang lemah
LANGKAH-LANGKAH MENBANTU KANAK-KANAK DISLEKSIA
- Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat awal bagi tujuan menaganinya
- Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap disayangi.
- Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa bakat atau kebolehan semulajadi
- Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
- Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi ahli persatuan sokongan ibu bapa
- Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran sebelum memasuki tadika
- Mengamalkan suasan kasih sayang serta bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana harmoni
- Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi bimbingan dalam bidang akademik
- Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal identiti sendiri
- Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau pujian contohnya bagus, pandai
Sumber Rujukan : Unit Pendidikan Khas, SK Selayang Jaya

Saturday 19 November 2011

Musim Cuti Sudah Tiba

Hari berganti hari, tanpa kita sedari cuti sekolah hujung tahun muncul lagi. Ya, kali ini, cuti penggal ketiga atau cuti hujung tahun yang panjang.Ini bermakna banyak tempat yang boleh dituju, banyak perkara yang boleh dibuat, dan banyak ilmu dan pengalaman yang dapat diperoleh.
   Cuti sekolah adalah masa untuk berehat, bermain, bersukan,bersiar-siar makan angin, melawat tempat orang,melawat tempat-tempat yang menarik yang berbagai-bagai lagi.Inilah saat yang sentiasa dinanti-nanti oleh semua orang,tidak kira pelajar,mahupun orang yang sudah bekerja.

Sunday 13 November 2011

Anak lambat bercakap?

Setiap ibu pasti risau mengenangkan anak-anak yang lambat bercakap berbanding rakan sebayanya.
10 peratus kanak-kanak mengalami gangguan perkembangan yang menyebabkan proses penguasaan bahasa dan percakapan yang lambat.Jadi ibu perlu tahu,perkembangan bahasa tidak hanya merujuk kepada percakapan tetapi juga bentuk komunikasi lain seperti bahasa isyarat,tulisan dan kemahiran visual.

Lewat bercakap bercakap boleh disebabkan beberapa masalah dengan :
  • kebolehan bercakap (ada masalah pada korda suara dan lidah)
  • kemasukan percakapan (masalah pendengaran)
  • pemprosesan percakapan (masalah pada otak atau gangguan perkembangan pertuturan)
  • kebanyakan kanak-kanak yang lewat bercakap juga mengalami gangguan perkembangan bahasa (DLD) dengan kelewatan ekspresif tetapi perkembangankemahiran visual kemahiran bahasa visual (mengenali ibu bapa dan objek, bertindak balas terhadap ekspresi muka, mematuhi arahan yang disertakan gerak badan atau tangan yang memberitahu anda mahukan sesuatu atau menunding jari ke arah objek yang diinginkan) yang normal seperti kanak-kanak lain.
Namun ibu boleh membantu meningkatkan percakapan anak dengan :
  • membaca buku kepada anak , terutama buku yang bergambar dan mama boleh menunjukkan atau menamakan objek
  • gumakan bahasa mudah apabila bercakap dengan anak, dibantu dengan gerak tangan atau tangan
  • tanya benyak soalan kepada anak. pastikan mama bercakap dengan si kecil bukan memberi arahan , beri tindak balas segera apabila anak bercakap atau memberi dorongan kepadanya.
  • ulang perkataan atau ayat anak anda dengan menambah beberapa perkataan lai bagi memanjangkan ayat berkenaan
  • sabar melayan anak dan jangan marah jika dia melakukan kesilapan.
  • beri masa untuk anak menghabiskan ayatnya.
  • jangan paksa anak bercakap.

sumber : Majalah Nur keluaran Mei 2011

Saturday 12 November 2011

Prasekolah S.K Bekor..

Ditubuhkan pada tahun 2005 dan mula beroperasi pada Januari 2006. Asalnya adalah kelas biasa yang dinaiktaraf menjadi kelas prasekolah.
 
Guru : Cik Norainsah Binti Mohamed Adam
          ( 2006 - sekarang )
PPM : Pn Hasniza Binti Ahamad
          ( 2006 - sekarang )

Bilangan murid :

2006 : 25 orang murid
2007 : 24 orang murid
2008 : 25 orang murid
2009 : 25 orang murid
2010 : 17 orang murid
2011 : 20 orang murid

Mari pandang-pandang....



Thursday 10 November 2011

sing a song........

mari belajar al-fatihah dan maknanya.

A for Apple...B for....

mari belajar mengira!

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA





BERSATU KITA MENUJU
PARADIGMA YANG BAHARU
SATU TEKAD DAN HARAPAN
MENYAHUT CABARAN DUNIA

PENDIDIK BERKUALITI
DEMI MENCAPAI VISI
DENGAN AZAM YANG MURNI
MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI

GURU…..
MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU…..
PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI
SATU MALAYSIA

PENDIDIK BERINOVASI
MENGHASILKAN KREATIVITI
BERSEDIA HADAPI CABARAN
ARUS TANPA SEMPADAN

PENDIDIK YANG BERKUALITI
MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI
MENGIMBANGKAN ROHANI
JATI DIRI DAN JASMANI

GURU…..
MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN

GURU…..
PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI
SATU MALAYSIA (3 X)

LAGU & LIRIK : ROSMAN ADAM
(LAGU TEMA HARI GURU 2011)