Friday 9 November 2012

Terima Kasih


TERIMA KASIH SEMUA WARGA PRASEKOLAH SK BEKOR  DIATAS KOMITMEN BAGI TAHUN 2012. 

Kepada anak anak didikku, diucapkan selamat tamat prasekolah dan semoga berjaya di tahun tahun mendatang dan berjaya dunia dan akhirat. Semoga anak-anak menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara. Tidak dilupakan berjasa kepada kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka. Jangan lupa doakan jua kesejahteraan cikgu dunia dan akhirat. Cikgu minta halalkan makan minum anak anak dikelas prasekolah dan halalkan "terrotan" " termarah" " terpekik" yg sengaja dengan tujuan mengajar anak-anak menjadi insan berguna. Kepada ibu bapa, semoga perubahan anak anak yang sedikit itu mengembirakan. dan minta halalkan semua yang berlaku di kelas prasekolah. Kepada maksu (PPM) dan guru-guru, terima kasih daun keladi. tahun depan jumpa lagi. Insyaallah.

Friday 30 March 2012


DOA AGAR DIANUGERAHI REZEKI YANG MELIMPAH RUAH SEHINGGA TUA

“Ya Allah, berilah aku rezeki yang halal dan baik, serta kurniakanlah pada kami segala perbuatan yang baik. Ya Allah, jadikanlah oleh-Mu rezeki kami yang paling luas ketika tuaku dan ketika lemahku. Ya Allah cukupkanlah bagi kami segala rezeki-Mu yang halal dari yang haram dan kayakanlah kami dengan kurniaan-Mu dari yang lainnya. Ya Allah, kami memohon pada-Mu rezeki yang luas dna berguna. Ya Allah, kami memohon kepada-mu nikmat yang kekal yang tidak putus-putus dan tidak akan hilang”
Selautan air mata yg sntiasa mengalir tnda kesyukuran kpda Allah itu tdak trbayar dgn semisal setitik air laut kenikmatnya y tlh diberikn kpda kita...^^ 

Wednesday 29 February 2012





29/2/1012

Hari ini saya cuba mencuri masa untuk mencatat sesuatu dalam blog ini kerana....jeng.jeng..jeng..saya nak tarikh hari ini iaitu 29 Februari.. maklumlah tahun lompat yang hanya muncul 4 tahun sekali.Apa ye yang nak dicatatkan..emmm .oh ye tak sabar nak menunggu PPM yang cuti bersalin bekerja semula, rasanya banyak benda yang tertanggung.Saya nak hias kelas, nak wat pembaharuan, dah mula jemu dengan  susun atur..."wahai Puan PPM cepatla masuk kerja"  hihi.
  Semester 3 PPG-PJJ UPSI dah bermula.aduyaii..mohon ketabahan dalam mengharungi semester ini..
"Ya Allah permudahkan segala urusanmu ini."..Amin.



Wednesday 18 January 2012





Emmmm....

Setelah masuk minggu ke-3 persekolahan 2012, baru saya berkesempatan untuk terus menulis disini. Agak sibuk terutama awal-awal tahun persekolah ini. Bermula dari 3 Januari saya telah berada di sekolah dalam persiapan menyambut kedatangan anak-anak baru prasekolah 2012. Awal tahun ini saya dibantu oleh Cik Shima sebagai Pembantu Pengurusan Murid (PPM) sementara kerana PPM cuti bersalin.3 bulan tu...lama ooo hihi...:)
     Murid Prasekolah SK Bekor 2012 ada seramai 17 orang, dengan murid yang berumur  6 tahun seramai 7 orang dan 5 tahun seramai 10 orang. Emmm sikit pulak bilangan anak-anak tahun ni...murid tahun ini nampak sedikit berani berbanding tahun sebelum-sebelum ini. Hari pertama je, saya datang sekolah agak terkejut kerana murid duduk di tempat masing-masing tanpa ditemani oleh ibubapa,bagusnya...tapi semua tunduk tatap meja.hihi..takutla tu..
    Murid masih malu-malu tapi mahu juga bercakap, biasalah kena pujuk-pujik sikit..oo ye hari pertama sekolah ni juga,untuk kali pertamanya selepas 6 tahun saya mengajar,tangan saya digigit seorang murid. hihi..terkejut oo...gara-gara seorang ibu datang semula selepas pukul 9 pagi untuk melihat anak.Maklumlah anak bongsu..Emmm apa lagi "murid" tu nampak ibu dia automatik menangis nak ikut balik,sedangkan awal-awal pagi bagus je...emmm..anak-anak macam-macam ragam.
     Harapan saya murid-murid prasekolah 2012  ,terus Maju Jaya..JOM BELAJAR