Adakah Kelawar sejenis burung?
kelawar tidak mempunyai bulu dan paruh. Oleh itu,kelawar tidak diketegorikan sebagai burung walaupun kelawar mempunyai sepasang kepak. Sebenarnya, kelawar digolongkan sebagai binatang mamalia yang berupaya terbang di udara.
Tahukah Anda?
Kelawar selalunya akan membelok ke kiri apabila keluar dari gua.
Mengapakah Katak Hanya Makan Organisma yang Hidup?
Mata katak tidak sama dengan mata manusia.Mata manusia boleh berputar dengan ligat manakala mata katak sebaliknya. Oleh itu, penglihatan katak adalah sempit. Katak hanya boleh mengesan organisma yang sedang bergerak.Ia tidak dapat mengesan organisma yang tidak bergerak. Oleh kerana itu, katak hanya dapat makan organisma yang hidup.
Tahukah Anda?
Hanya 0.016mg toksin yang dikeluarkan oleh "Poison Frog"(katak beracun)boleh membunuh 180-paun manusia.
Bagaimanakah Mentadak Memburu Mangsa?
Pada bahagian kaki mentadak terdapat banyak gigi yang tajam. Apabila mentadak mengesan serangga yang berhampirannya, mentadak akan menghukurkan kaki depan lalu menangkap mangsa dengan cepat.Sesetengah mentadak pandai menyamar. Warna badan dan rupa mentadak membolehkan mentadak menyamar sebagai batang pokok atau daun yang layu untuk menangkap serangga yang leka.
Mengapakah Telinga dan Hidung Cepat Menjadi Sejuk?
Manusia berdarah panas. Suhu badan manusia normal selalu berkisar di antara 36 hingga 37 darjah celsius. Apabila suhu etrlalu rendah, haba badan kita akan diserap ke udara. maka kita akan berasa sejuk.
Pada cuaca dingin, manusia boleh memakai sarung kaki,kasut,topi dan baju yang tebaluntuk melindungi badan. Walau bagaimanapun,kepala kita tidak boleh ditutup dengan baju atau kain yang tebal. Ini kerana kita perlu melihat, mendengar, bercakap dan bernafas. Selain itu, hidung dan telinga yang menonjol di bahagian muka lebih terdedah kepada udara sekeliling, maka haba hidung dan telinga akan diserap ke udara dengan lebih cepat. Telinag kita nipis, justeru itu,telinga lebih cepat menjadi sejuk berbanding dengan hidung.
Tahukah Anda?
burung kakak tua tidak boleh bercakap. Burung kakak tua cuma suka mengajuk atau meniru bunyi siulan dan kata-kata.
Mengapakah Tangan Akan Berpeluh Apabila Berasa Cemas?
peluh dihasilkan melalui kelenjar peluh yang terdapat dibawah kulit kita. Sebab berlakunya perpeluhan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kepanasan, kerohanian dan tindak balas deria rasa. Tapak tangan yang berpeluh apabila berasa cemas merupakan perpeluhan kerohanian. Perpelihan jenis ini hanya memerlukan masa beberapa saat hingga 20 saat sahaja. Apabila kita berasa cemas, takut atau gembira, urat saraf akan menghantar mesej kepada kelenjar peluh. Justeru itu,kelenjar peluh akan merembeskan peluh.
Tahukah anda?
Seekor lembu betina boleh mengeluarkan lebih kurang 200,000 gelas susu semasa hayatnya.
Sumber : Majalah Teman Pintar
No comments:
Post a Comment