Monday 5 December 2011

Jom kenali kaedah mengajar membaca- sukukata.


Kaedah sukukata datang dalam keadaan ramai anak tidak boleh membaca dengan menggunakan kaedah mengeja.
Berpadanan dengan namanya, kaedah ini meminta anak menghafal pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa Malaysia. Uniknya bahasa Malaysia adalah kerana pola-pola sukukatanya jelas. Dan pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa Malaysia ada lebih ldaripada 1000 pola-pola untuk dihafal.
Dan mengikut kajian, jumlah 2000 ke 3000 adalah satu jumlah yang masih boleh diterima hafal oleh anak kecil kita. Justeru itu, saya menggunakan kaedah ini untuk mengajar anak sulung saya, membaca 16 tahun dahulu!
Sama halnya dengan kaedah mengeja, kaedah sukukata juga tidak termasuk antara kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengajar anak membaca bahasa Inggeris. Sebab? Sebabnya bahasa Inggeris tidak mempunyai sukukata yang jelas.
Kaedah sukukata tidak memerlukan anak kita untuk mengeja atau membatangkan ejaan. Anak kita hanya perlu mengecam dan menghafal tulisan dan gabungan bunyi dua, tiga atau empat huruf lalu menyebut terus.
Contohnya;

ba bi bu be bo (untuk 2 huruf )
ban bin bun ben bon (untuk 3 huruf)
bang bing bung beng bong (untuk 4 huruf)
Disebabkan nature kaedah ini, adalah lebih mudah untuk mengajar anak kita menggunakan kad-kad imbasan seperti cara yang diperkenalkan oleh Glen Doman.
Pola-pola sukukata ditulis di atas kad-kad imbasan dan diimbaskan kepada anak. Bezanya, Glen Doman memperkenalkan penggunaan kad imbasan untuk mengajar bayi membaca bahasa Ingggeris menggunakan kaedah ‘whole word’.
Setiap perkataan(bukan suku kata) ditulis di atas kad-kad manila yang dipotong kecil dan diimbaskan kepada bayi dengan cepat. Rasionalnya, bayi dikatakan mempunyai ingatan foto
“photographic memory “. Sebab itulah, ia hanya perlu diimbas dan setiap perkataan yang diimbaskan akan disimpan di dalam ingatan dan dikeluarkan bila masanya tiba.


sumber :  
By Fauziah A Rahim, Wan Mayhizan Wan Abdullah and Raihan Kamal in Preschool Shoppe 

No comments:

Post a Comment