Monday 5 December 2011

"Err...tak nak sayur mama"

Warna hijau dan sayur yang agak pahit membuatkan ramai kanak-kanak menolak sayur dalam menu seharian mereka malahan ada yang terus menggugut untuk tidak makan jika terjumpa sayur.Pening memikirkan masalah ini kerana sayur antara gizi seimbang untuk tumbesaran kanak-kanak.Anda haruslah kreatif menangani masalah ini dimulai dengan teladan.Tunjukkan didepan anak bahawa anda menikmati sayur dan jelaskan kepada mereka khasiatnya dengan mimik muka sekali. selain itu anda juga boleh membuat bentuk yang menarik daripada sayur-sayuran bersama buah-buahan untuk menarik perhatian mereka. Misalnya bentukkan seperti kereta, kek dan sebagainya dan jangan sesekali dedahkan mereka dengan makanan ringan yang hanya akan membantutkan lagi usaha anda untuk mendedahkan keenakkan sayuran diperingkat bayi lagi.

Berikut adalah beberapa ilham dalam menyediakan sayuran  :

  1. Menggoreng (dengan sedikit minyak), mencelur,mengukus atau masak dengan ketuhar gelombang mikro untuk mengelakkan kehilangan nilai pemakanan, memelihara kerangupan dan kandungan air dalam kebanyakkan sayur-sayuran.
  2. Untuk sayuran jenis akar, buatkan stew untuk mengurangkan masa memasak dan membantu mengeluarkan rasadan nutrien terutamanya karotena.
  3. Membuat sup dengan sayuran seperti kobis,akar teratai, sawi, bayam dan buah kundur.
  4. Menghidangkan sayuran secara mentah, seperti daun salad, lobak dan timun,sebagai snek yang berkhasiat.Contohnya kepilkan beberapa keping timun dan tomato dalam sandwich dan celup batang lobak atau timun dalam dadih.
  5. Sesetengah sayuran ( terutamanya lobak putih dan lobak merah) boleh digunakan dalam kek dan makanan istimewa seperti popia.
  6. Babitkan anak anda dalam kerja-kerja penyediaan sayur-sayuran. mereka mungkin ingin menikmati. Usaha sendiri sehingga tidak sabar-sabar untuk merasainya.
  7. Anda harus sedar bahawa usaha anda itu mungkin tidak mudah dan selalunya mengecewakan bagaimanapun, ingatlah bahawa cara untuk menggalakkan anak anda makan sayuran dengan mengubah pendapat mereka terhadap sayuran.
  8. Jangan memaksa atau memarahi anak-anak jika mereka degil dan enggan makan sayur.Jika tidak, mereka mungkin akan marah kepada anda, dan sayur-sayuran itu sendiri! Sebaliknya anda harus memberi tahu secara berterusan mengenai kebaikan sayuran dan menggalakkan untuk menerokai keenakkan sayuran sendiri. Jadikanlah kegiatan mekan itu seronok dan penuh dengan daya imaginasi.
Sumber  :  Majalah Nur...

No comments:

Post a Comment