Friday 9 December 2011

GEDUNG SAINS

Adakah Kelawar sejenis burung?


kelawar tidak mempunyai bulu dan paruh. Oleh itu,kelawar tidak diketegorikan sebagai burung walaupun kelawar mempunyai sepasang kepak. Sebenarnya, kelawar digolongkan sebagai binatang mamalia yang berupaya terbang di udara.


Tahukah Anda?
Kelawar selalunya akan membelok ke kiri apabila keluar dari gua.




Mengapakah Katak Hanya Makan Organisma yang Hidup?


Mata katak tidak sama dengan mata manusia.Mata manusia boleh berputar dengan ligat manakala mata katak sebaliknya. Oleh itu, penglihatan katak adalah sempit. Katak hanya boleh mengesan organisma yang sedang bergerak.Ia tidak dapat mengesan organisma yang tidak bergerak. Oleh kerana itu, katak hanya dapat makan organisma yang hidup.


Tahukah Anda?
Hanya 0.016mg toksin yang dikeluarkan oleh "Poison Frog"(katak beracun)boleh membunuh 180-paun manusia.




Bagaimanakah Mentadak Memburu Mangsa?


Pada bahagian kaki mentadak terdapat banyak gigi yang tajam. Apabila mentadak mengesan serangga yang berhampirannya, mentadak akan menghukurkan kaki depan lalu menangkap mangsa dengan cepat.Sesetengah mentadak pandai menyamar. Warna badan dan rupa mentadak membolehkan mentadak menyamar sebagai batang pokok atau daun yang layu untuk menangkap serangga yang leka.




Mengapakah Telinga dan Hidung Cepat Menjadi Sejuk?


Manusia berdarah panas. Suhu badan manusia normal selalu berkisar di antara 36 hingga 37 darjah celsius. Apabila suhu etrlalu rendah, haba badan kita akan diserap ke udara. maka kita akan berasa sejuk. 
Pada cuaca dingin, manusia boleh memakai sarung kaki,kasut,topi dan baju yang tebaluntuk melindungi badan. Walau bagaimanapun,kepala kita tidak boleh ditutup dengan baju atau kain yang tebal. Ini kerana kita perlu melihat, mendengar, bercakap dan bernafas. Selain itu, hidung dan telinga yang menonjol di bahagian muka  lebih terdedah kepada udara sekeliling, maka haba hidung dan telinga akan diserap ke udara dengan lebih cepat. Telinag kita nipis, justeru itu,telinga lebih cepat menjadi sejuk berbanding dengan hidung.




Tahukah Anda?
burung kakak tua tidak boleh bercakap. Burung kakak tua cuma suka mengajuk atau meniru bunyi siulan dan kata-kata.




Mengapakah Tangan Akan Berpeluh Apabila Berasa Cemas?


peluh dihasilkan melalui kelenjar peluh yang terdapat dibawah kulit kita. Sebab berlakunya perpeluhan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu kepanasan,  kerohanian dan tindak balas deria rasa. Tapak tangan yang berpeluh apabila berasa cemas merupakan perpeluhan kerohanian. Perpelihan jenis ini hanya memerlukan masa beberapa saat hingga 20 saat sahaja. Apabila kita berasa cemas, takut atau gembira, urat saraf akan menghantar mesej kepada kelenjar peluh. Justeru itu,kelenjar peluh akan merembeskan peluh.


Tahukah anda?
Seekor lembu betina boleh mengeluarkan lebih kurang 200,000 gelas susu semasa hayatnya.








Sumber : Majalah Teman Pintar

Adakah Ikan Perlu Tidur?

Ya benar, ikan memang perlu tidur kerana semua binatang pun perlu tidur untuk berehat. Jika tidak, binatang bukan sahaja akan menjadi lemah bahkan mati. Ikan tidak mempunyai kelopak mata. Oleh itu.
apabila ikan berada di bahagian bawah akuarium dengan membuka mata tanpa bergerak,ini mungkin bermakna ikan itu sedang tidur. 


Mengapakah tidak boleh minum air laut?

Adik-adik, pernahkah anda minum air laut? Rasa air laut adalah sangat masin. Ini kerana air laut mempunyai garam laut. Kepekatan garam laut lebih tinggidaripada kepekatan garam dalam badan kita. Jika kita minum air laut, kepekatan garam dalam darah akan meningkat, Air dalam sel akan dirembeskan ke dalam darah untuk mengimbangi kepekatan garam dalam badan. Oleh itu, anda akan berasa haus, kekurangan air dan penyahhidratan juga akan berlaku. Walau bagaimanapun, tidak akan menjadi masalah jika kita terminum air laut semasa berenang.

Purata kepekatan garam dalam air laut ialah - 3.5 % dari berat keseluruhan.

Mengapakah Jantung Berdebar-debar Semasa Bersenam?

Jantung kita seperti pam udara yang mengembang dan mengecut tanpa berhenti. Pengembangan dan pengecutan ini akan menghantar oksigen dan nutrien dalam badan ke bahagian -bahagian badan. Pada masa yang sama, karbon dioksida dan sisa-sisa metabolisme juga dikeluarkan dari badan. Semasa kita bersenam,badan kita memerlukan tenaga yang lebih untuk bertindak. Oleh itu, jantung kita perlu mengepam darah untuk menghantar oksigen yang segar dan nutrien kepada setiap organ badan dengan lebih kerap. Maka kita boleh berasa jantung kita berdebar-debar.

 Jantung manusia berdenyut lebih daripada 100,000 kali sehari. Setiap hari jantung manusia mengepam darah seperti melakukan kerja mengangkat satu tan barang ke tingkat lima.

Monday 5 December 2011

Jom kenali kaedah mengajar membaca- sukukata.


Kaedah sukukata datang dalam keadaan ramai anak tidak boleh membaca dengan menggunakan kaedah mengeja.
Berpadanan dengan namanya, kaedah ini meminta anak menghafal pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa Malaysia. Uniknya bahasa Malaysia adalah kerana pola-pola sukukatanya jelas. Dan pola-pola sukukata yang ada dalam bahasa Malaysia ada lebih ldaripada 1000 pola-pola untuk dihafal.
Dan mengikut kajian, jumlah 2000 ke 3000 adalah satu jumlah yang masih boleh diterima hafal oleh anak kecil kita. Justeru itu, saya menggunakan kaedah ini untuk mengajar anak sulung saya, membaca 16 tahun dahulu!
Sama halnya dengan kaedah mengeja, kaedah sukukata juga tidak termasuk antara kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengajar anak membaca bahasa Inggeris. Sebab? Sebabnya bahasa Inggeris tidak mempunyai sukukata yang jelas.
Kaedah sukukata tidak memerlukan anak kita untuk mengeja atau membatangkan ejaan. Anak kita hanya perlu mengecam dan menghafal tulisan dan gabungan bunyi dua, tiga atau empat huruf lalu menyebut terus.
Contohnya;

ba bi bu be bo (untuk 2 huruf )
ban bin bun ben bon (untuk 3 huruf)
bang bing bung beng bong (untuk 4 huruf)
Disebabkan nature kaedah ini, adalah lebih mudah untuk mengajar anak kita menggunakan kad-kad imbasan seperti cara yang diperkenalkan oleh Glen Doman.
Pola-pola sukukata ditulis di atas kad-kad imbasan dan diimbaskan kepada anak. Bezanya, Glen Doman memperkenalkan penggunaan kad imbasan untuk mengajar bayi membaca bahasa Ingggeris menggunakan kaedah ‘whole word’.
Setiap perkataan(bukan suku kata) ditulis di atas kad-kad manila yang dipotong kecil dan diimbaskan kepada bayi dengan cepat. Rasionalnya, bayi dikatakan mempunyai ingatan foto
“photographic memory “. Sebab itulah, ia hanya perlu diimbas dan setiap perkataan yang diimbaskan akan disimpan di dalam ingatan dan dikeluarkan bila masanya tiba.


sumber :  
By Fauziah A Rahim, Wan Mayhizan Wan Abdullah and Raihan Kamal in Preschool Shoppe 

"Err...tak nak sayur mama"

Warna hijau dan sayur yang agak pahit membuatkan ramai kanak-kanak menolak sayur dalam menu seharian mereka malahan ada yang terus menggugut untuk tidak makan jika terjumpa sayur.Pening memikirkan masalah ini kerana sayur antara gizi seimbang untuk tumbesaran kanak-kanak.Anda haruslah kreatif menangani masalah ini dimulai dengan teladan.Tunjukkan didepan anak bahawa anda menikmati sayur dan jelaskan kepada mereka khasiatnya dengan mimik muka sekali. selain itu anda juga boleh membuat bentuk yang menarik daripada sayur-sayuran bersama buah-buahan untuk menarik perhatian mereka. Misalnya bentukkan seperti kereta, kek dan sebagainya dan jangan sesekali dedahkan mereka dengan makanan ringan yang hanya akan membantutkan lagi usaha anda untuk mendedahkan keenakkan sayuran diperingkat bayi lagi.

Berikut adalah beberapa ilham dalam menyediakan sayuran  :

  1. Menggoreng (dengan sedikit minyak), mencelur,mengukus atau masak dengan ketuhar gelombang mikro untuk mengelakkan kehilangan nilai pemakanan, memelihara kerangupan dan kandungan air dalam kebanyakkan sayur-sayuran.
  2. Untuk sayuran jenis akar, buatkan stew untuk mengurangkan masa memasak dan membantu mengeluarkan rasadan nutrien terutamanya karotena.
  3. Membuat sup dengan sayuran seperti kobis,akar teratai, sawi, bayam dan buah kundur.
  4. Menghidangkan sayuran secara mentah, seperti daun salad, lobak dan timun,sebagai snek yang berkhasiat.Contohnya kepilkan beberapa keping timun dan tomato dalam sandwich dan celup batang lobak atau timun dalam dadih.
  5. Sesetengah sayuran ( terutamanya lobak putih dan lobak merah) boleh digunakan dalam kek dan makanan istimewa seperti popia.
  6. Babitkan anak anda dalam kerja-kerja penyediaan sayur-sayuran. mereka mungkin ingin menikmati. Usaha sendiri sehingga tidak sabar-sabar untuk merasainya.
  7. Anda harus sedar bahawa usaha anda itu mungkin tidak mudah dan selalunya mengecewakan bagaimanapun, ingatlah bahawa cara untuk menggalakkan anak anda makan sayuran dengan mengubah pendapat mereka terhadap sayuran.
  8. Jangan memaksa atau memarahi anak-anak jika mereka degil dan enggan makan sayur.Jika tidak, mereka mungkin akan marah kepada anda, dan sayur-sayuran itu sendiri! Sebaliknya anda harus memberi tahu secara berterusan mengenai kebaikan sayuran dan menggalakkan untuk menerokai keenakkan sayuran sendiri. Jadikanlah kegiatan mekan itu seronok dan penuh dengan daya imaginasi.
Sumber  :  Majalah Nur...

Nasihat guru...

Lakukan sekurang-kurang satu kebaikan sehari..


Murid-murid yang Cikgu kasihi sekelian, pastikan kamu melakukan sekurang-kurangnya satu kebaikan sehari ketika di sekolah. Kebaikan yang Cikgu maksudkan di sini bukanlah kebaikan kepada diri sendiri tetapi kebaikan kepada orang lain, seperti guru atau kawan kamu sendiri,kepada pihak sekolah,hatta kepada alam sekitar sekalipun, dan sebagainya.

Percayalah bahawa sekiranya kamu melakukan sesuatu kebaikan, kamu akan berasa lega, lebih tenang dan puas. Sebaliknya, apabila sikap seperti ini jadi amalan,kamu tidak akan berasa tenang dan puas selagi belum membuat apa-apa kebaikan di skolah ini dalam sehari.

buatlah sesuatu kebaikan walaupun kebaikan itu kecil, ringan atau mudah seperti memungut sampah kecil yang kamu temui di jalan yang sedang kamu lalui. Mungkin ada seseorang yang 'gatal tangan' dan telah memetik lampu koridor pada waktu persekolahan.Maka padamkan lampu itu. Tindakan seperti ini jug adalah satu kebaikan.

Lakukanlah kebaikan itu dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan agar tindakan kamu itu dilihat oleh seseorang atau mengharapkan sebarang ganjaran dalam bentuk hadiah,pujian, dan umpamannya.Sekiranya ini bukan amalan kamu, mulakan dengan memaksa diri kamu sendiri, untuk melakukan sesuatu kebaikan itu.Apabila kamu melakukan kebaikan, maka kamu sebenarnya layak bergelar manusia yang berguna kepada masyarakat,agama dan bangsa.

Untuk menyemai sikap yang mudah tetapi berat bagi sesetengah pelajar,sebaik kamu melangkah masuk ke kawasan sekolah. katakan kepada diri kamu sendiri, "Hari ini aku akan melakukan SATU kebaikan di sekolah ini."
 
Seterusnya apabila sikap yang baik ini dapat kamu kuasai, kamu boleh menukarkan perkataan SATU itu menjadi dua,tiga dan seterusnya. Angka tidak terhad tetapi janganlah berlebih-lebih pula sehingga kamu tidak dapat melaksanakanya.

Cubalah murid-murid sekalian. Tidak ada apa-apa kerugian yang akan kamu tanggung dengan berbuat sekurang-kurangnya satu kebaikan sehari.Percayalah bahawa amalan ini akan memberikan keuntungan kepada kamu tanpa kamu sedari.



sumber : Majalah Pendidik

Saturday 3 December 2011

Lagu anak ayam...




RANCANGAN MENGAJAR HARIAN
Mata Pelajaran: Sains dan Teknologi (matematik)
Kelas:Prasekolah
Tarikh:20 Mei 2011
Bilangan Pelajar:20 orang murid
Masa : 30 minit
Tajuk : Haiwan
Sub Tajuk: Haiwan Peliharaan
Tunjang Utama: Perkembangan Sains Dan Teknologi
Standard Pembelajaran Utama :   
 ST 8.2 Memahami operasi tolak dalam lingkungan 1
ST  8.2.1 Mengeluarkan objek dari himpunan dan membilang baki
ST 8.2.2 Mengunakan bahasa harian untuk menerangkan operasi tolak
Standard Pembelajaran lain Yang disepadukan
: 2.4.5 Membuat pergerakan bebas mengikut muzik
Objektif Pelajaran :Pada akhir pelajaran murid dapat
1 Memahami konsep  asas tolak
2 Membuat pergerakan mengikut muzik
Kemahiran Utama :Konsep tolak
Kosa Kata :Tolak,Baki,tinggal,mati,anak ayam
Alatan Dan Bahan : CD lagu Anak Ayam Turun Sepuluh, carta lagu /Radio player, lembaran kerja.

Langkah
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Set Induksi
(3 miniti)

Catatan:
 Lirik lagu:
Anaklah ayam anak ayam turun sepuluh Mati seekor mati seekor tinggal Sembilan
Anaklah ayam anak ayam, turun  Sembilan, mati seekor,mati seekor tinggallah lapan.

Bahan : cd lagu “anak ayam”, carta lagu
Laptop,lcd



ST 8.2 Memahami operasi tolak dalam lingkungan 10  
  1. Guru  memainkan lagu “Anak AyamTurun Sepuluh” murid menyanyi bersama
  2. Guru berbual dan bersoal jawab dengan murid mengenai lirik lagu yang diperdengarkan.

Langkah 1
(12  minit)

Catatan:
Teori kecerdasan :
•           visual/ruang (spatial)
•           kinestetik
•           muzikal/irama
•           interpersonal

KTI 2.4.5 Membuat pergerakan bebas mengikut muzik

ST  8.2.1 Mengeluarkan objek dari himpunan dan membilang baki

  1. Guru memilih 10 orang murid berdiri dalam 1 barisan atau membentuk susunan huruf ‘v’ atau ‘u’
  2. Murid menyanyi sambil melakukan pergerakan seperti berkepak dan anak ayam mati.
  3. Bergerak mengikut muzik yang diperdengarkan.
  4. Murid akan main peranan sebagai ayam dan mati satu persatu.
  5. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai baki anak  ayam yang masih tinggal/ada
  6. Mengulang aktiviti sehingga semua anak ayam mati.
Langkah 2
(7 minit)

Catatan :
Bersoal jawab secara lisan

KB : Menjana idea
Teknik:  Penyoalan
ST 8.2.2 Mengunakan bahasa harian untuk menerangkan operasi tolak
  1.  Murid bercerita semula dan menyatakan situasi yang melibatkan operasi tolak dengan menggunakan bahasa harian.
Contoh :
Ada sembilan ekor anak ayam,seeekor telah mati,Berapa ekor yang tinggal?

Langkah 3
(5 minit)

Catatan :
Bahan :
Lembaran kerja.


Penilaian :
Bersoaljawab secara bertulis
Penilaian

ST 8.2.2 Mengunakan bahasa harian untuk menerangkan operasi tolak

1.      Guru menerangkan dengan lebih terperinci mengenai konsep tolak.
2.      Contoh
9 – 1 = 8
3.      Guru mengedarkan lembaran kerja dan meminta murid menuliskan bilangan yang tinggal.

Penutup
(3 minit)
Rumusan dan
Refleksi
KTI 2.4.5 Membuat pergerakan bebas mengikut muzik

1.      Murid menyanyi semula lagu dengan iringan muzik.

Refleksi kendiri :













Saturday 26 November 2011

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 9 Tahun 2010
Pelaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Isi-isi penting:

1. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan hendaklah berkuatkuasa mulai 1 Januari 2010

2. Tempoh pengajaran dan pembelajaran secara rasmi di kelas prasekolah bagi murid-murid berumur 5+ tahun adalah tidak kurang daripada empat jam sehari termasuk waktu rehat selama 5 hari seminggu dan jumlah jam seminggu adalah tidak kurang daripada 20 jam.

3. Tempoh pengajaran dan pembelajaran secara rasmi di kelas prasekolah bagi murid-murid berumur 4+ tahun adalah tidak kurang daripada tiga setengah jam sehari termasuklah waktu rehat selama 5 hari seminggu dan jumlah jam seminggu adalah tidak kurang daripada 17 1/2 jam

4. Peruntukan masa bagi Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa pengantar lain adalah seperti berikut:
Bil  Bahasa                                 
 Peruntukan Masa Minimum Seminggu untuk Kelas
Prasekolah yang bahasa pengantarnya (minit)
Bahasa MalaysiaBahasa Pengantar Lain
1       Bahasa Malaysia600400
2Bahasa Inggeris600400
3Bahasa Cina/Bahasa Tamil/
Bahasa Inggeris/Lain-lain
400
Jumlah12001200
Jadual 1. Peruntukan Masa Minimum untuk Bahasa dalam Kelas Prasekolah

5. Jika di dalam sesebuah kelas prasekolah terdapat lima orang murid atau lebih yang beragama Islam, maka murid-murid tersebut hendaklah diberikan pengajaran Pendidikan Islam oleh guru yang diluluskan oleh pihak berkuasa negeri sekurang-kurangnya 2 jam seminggu.

6. Jika di dalam sesebuah tadika terdapat lima orang murid atau lebih yang bukan beragama Islam, maka murid-murid tersebut hendaklah diberikan pengajaran Pendidikan Moral sekurang-kurangnya 2 jam seminggu>

KPSK ini hendaklah dilaksanakan di semua tadika dan prasekolah yang berdaftar di bawah Akta Pendidikan 1996. Bagi prasekolah swasta yang ditubuhkan sebelum tahun 2010 hendaklah melaksanakan sepenuhnya Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan mulai Januari 2011.




SUMBER : Kementerian Pelajaran Malaysia

Cerebral Palsi

“CEREBRAL” ialah OTAK
“PALSY” bermaksud “KURANG ATAU TIDAK UPAYA MENGAWAL PERGERAKAN OTOT”
Kanak-kanak cerebal palsy mengalami (sebahagian besarnya) kerosakkan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kekurangupayaan untuk melakukan pergerakan otot-otot dan tegak badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan di peringkat awal bayi dilahirkan – ketika bahagian otak berkembang dengan pesat.
Sebelum Kelahiran
  • Jangkitan dalam rahim
  • Ibu mengalami darah tinggi, kancing manis, kurang darah ketika mengandung
  • Pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung
Semasa Proses Kelahiran
  • Kelahiran tidak cukup bulan
  • Kecederaan semasa lahir
  • Lemas semasa lahir
  • Jangkitan semasa lahir
Selepas Kelahiran (sebelum berumur 3 tahun)
  • Meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) – demam kuning
  • Jaundis yang teruk (kemicterus)
  • Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan fizikal.
Seseorang kanak-kanak ceberal palsy dilahirkan bagi setiap 800 kelahiran tanpa mengira jantina, kaum, umur ibu atau latar belakang sosial.
Punca-punca :
  • Kekurangan bekalan oksigen (anoxia) – punca utama.
  • Perkembangan otak yang tidak normal.
  • Rembesan (intraeraneal bleeding).
  • Demam kuning.
  • Terhentak / terhempas / kejutan.
  • Serangan kuman / penyakit.
Tanda-tanda :
  • Bayi kelihatan lembik
  • Lewat perkembangan
  • Menggunakan sebelah tangan (hand preference)
  • Masalah menyusu
  • Kerap menangis, meragam, merenggek, tanpa sebab ataupun terlalu diam dan kurang tindak balas
  • Sembelit
  • Cepat marah
Perkembangan kanak-kanak cerebral palsy
Bagi kanak-kanak yang menhidapi cerebral palsy biasanya kita dapati mereka akan lahir lebih awal berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Selain daripada itu, kanak-kanak seperti ini sewaktu lahirnya jarang atau tidak menangis.
0 – 10 bulan
Kanak-kanak ini pada peringkat awalnya sukar untuk melakukan pergerakan biasa bagi kanak-kanak normal seperti maniarap, duduk mengesot dan sebagainya.
11 bulan
Mula merangkak, tetapi tidak mahu berjalan dan mereka biasanya akan berdiri di hujung jari ibu kaki sahaja seolah-olah bimbang untuk bertapak.
1 – 3 tahun1 tahun masih belum boleh berjalan / anggota tubuh lembik.
Tabiat bertahan nafas atau breathulding spell berlaku disamping berlakunya kekejangan terhadap anggota badan sekiranya kanak-kanak tersebut menangis apabila kemahuannya tidak dituruti dan didapati mukanya bertukar menjadi warna biru. Apabila di menarik nafasnya dan menangis, warna dimukanya kembali cerah semula.
8 tahun
-Belum boleh bercakap
Akibat daripada kerencatan ini boleh juga menimbulkan lain-lain kerencatan seperti : - Rencatan akal (kurang kecerdasan)
- Kerencatan pertuturan
- Rencatan penglihatan
- Rencatan pendengaran
- Sawan (epilepsy)
- Kecacatan anggota
- Kecacatan gigi
- Masalah mengenai pernafasan
- Masalah mangenai pemakanan
- masalah untuk buang air besar atau kecil.
Jenis-Jenis Cerebral Palsy (Spastik, Ataxia, Athetoid)
Spastic – Bahagian-bahagian otot anggota yang spastic manjadi tegang dan tidak mudah kendur semula. Pantulan yang terhasil adalah secara terserentak dan mengejut.
Athetoid – Bahagian-bahagian anggota bergerak tanpa dapat dikawal otot otak (ivoluntary movements). Akibatnya seseorang kanak-kanak athetoid menunjukkan gimik muka.
Atxia – Pada prinsipnya kanak-kanak ataxia ini tidak dapat duduk, berdiri dan berjalan. Kanak-kanak ini mengalami kesukaran untuk mengawal keseimbangan badan dan kodinasi otot, bergantung kepada kadar kepintasan yang dialaminya. Biasanya, jika kanak-kanak ini mampu berdiri dan berjalan sekalipun, kakinya akan berkeadaan terkangkang luas bagi membantu mandapat keseimbangan postur tersebut.
Hypoytonik (Campuran sifat-sifat di atas) – otot lembik
Latihan dan pendidikan kepada kanak-kanak Cerebral Palsy.
Kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai otak yang kurang berfungsi. Tetapi, sekiranya umur mereka lebih muda. Fungsi otak itu akan menjadi lebih baik. Iaitu walaupun mereka mempunyai otak yang kurang berfungsi, namun mereka boleh berkembang secara beransur-ansur. Oleh kerana itu, kita mesti memperkenalkan kanak-kanak Cerebral Palsy ini ke Fisio Terapist dan Occupational Terapist secepat mungkin. Kalau kanak-kanak tidak diberi latihan oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga untuk jangka masa yang lama, kecacatan mereka akan bertambah teruk. Contohnya, sendi mereka akan menjadi lebih keras dan tulang belakang mereka akan menjadi bengkok. Oleh itu, kanak-kanak Cerebral Palsy mesti diberi latihan tiap-tiap hari oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga di hospital atau di rumah. Jikalau, kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai terencat akal juga, mereka perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas dan keluarga mereka.
Jenis-jenis Masalah dan Tiga Bentuk Utama.Kecacatan warisan atau keturunan tidak berapa penting dalam kelumpuhan otak. Masalah utama secra langsung melibatkan otak. Tiada kecederaan yang berlaku secara langsung kepada anggota yang terlibat. Terdapat tiga bentuk utama kelumpuhan otak iaitu Spasticity, Athetosis dan Ataxia. Mereka yang mengalami ketiga-tiga bentuk kelumpuhan otak di atas dikenali secara umum sebagai penyakit Cerebral Palsy atau spastic.
Cortex atau Lapisan Luar Otak Cortex atau lapisan luar otak terlibat dalam pemikiran, pengetahuan dan sensasi. Kanak-kanak yang mengalami spasticity menghadapi kawalan pergerakan yang tidak terkawal, kelemahan otot-otot dan seringkali mengalami gangguan dalam tumbesaran dan perkembangan. Kerosakan di bahagian cortex ini berlaku berpunca daripada keadaan spastic sebenarnya. Kerosakan bahagian luar otak boleh memberi kesan kepada kedua-dua bahagian anggota di sebelah bahagian tubuh, iaitu bahagian anggota bawah atau keempat-empat bahagian anggota badan.
Basal Ganglia
Bahagian ini terletak di bawah cortex iaitu di tengah-tengah otak. Basal ganglia dan serebelum membantu meng organisasikan atau menyusun pergerakan dengan amat teratur, harmoni (bersantun) dan lebih ekonomikal. Gangguan di bahagian basal ganglia ini boleh menyebabkan berlakunya kecederaan yang dikenali sebagai Athetosis. Ciri utama yang dihadapi olah athetosis ialah pergerakan yang secara tidak disengajakan dan mengganggu pergerakan yang normal dalam tubuh manusia.
Serebelum
Serebelum ini terletak di bahagian asas atau dasar otak. Bahagian ini berperanan ‘mentadbir’ fungsi tubuh manusia seperti koordinasi opergerakan, gaya dan keseimbangan. Serebelum dihubungkan dengan pangkal otak yang menghubungkan bahagian atas otak kepada saraf tulang belakang. Kanak-kanak spastic yang menghadapi Ataxia berpunca daripada kecederaan pada bahagian serebelum mengalami gaya melangkah yang tidak stabil dan kesukaran dalam mengimbang badan.Orang cacat spastic yang lebih mungkin sekali menghadapi lebih daridada satu kategori asas biajnosa dan pengklasan menggambarkan kesukaran yang amat sangat.
Mengesan Kanak-kanak Spastik.
Kanak-kanak spastic dapat dikesan dari simtom-simtom yang ditunjukkan :
Kesukaran sewaktu makan
Kanak-kanak spastic akan mengalami kesukaran menghisap, menelan dan mengunyah makanan. Ini seringkali menyebabkan mereka muntah. Kanak-kanak juga akan serta merta menggigit makanan yang diletakkan di dalam mulut mereka dan akan sukar untuk di keluarkan semula.
Masalah pernafasan
Kanak-kanak akan mengalami kesukaran bernafas, pernafasan mereka menjadi kencang dan bising.
Masalah tidur.
Kanak-kanak juga mengalami kesukaran tidur, mereka kerap terjaga di waktu malam dan sering menangis.
Masalah pertuturan.Kanak-kanak spastic tidak boleh mengeluarkan suara iaitu mereka tidak boleg memanggil ibu bapanya ataupun mengeluarkan “babbling sound”. Kanak-kanak juga tidak memahami apa yang di katakan kepadanya.
Masalah pendengaran.
Kanak-kanak spastic hanya akan bertidak balas terhadap bunyi yang kuat ataupun tidak bertindak balas langsung terhadap bunyi.
Masalah penglihatan.
Sering kali kanak-kanak ini juling ataupun mengalami mistagmus iaitu pergerakan bola mata yang berterusan.
Reaksi yang tidak normalKanak-kanak spastic sering akan menangis disebabkan bunyi, cahaya dan sentuhan. Kanak-kanak ini juga kadangkala tidur berlebihan (hipersomnia).
Kemungkinan mengalami simtom-simtom terencat akal.Kanak-kanak spastic mungkin mengalami kerencatan akal jika didapati mereka tidak pernah tersenyum, tidak mengenali ibu bapanya, sentiasa tidur, tidak bertindak balas atau tidak berminat terhadap keadaan sekelilingnya.
Sumber Rujukan : Unit Pendidikan Khas, SK Selayang Jaya