Wednesday, 18 January 2012

Emmmm....

Setelah masuk minggu ke-3 persekolahan 2012, baru saya berkesempatan untuk terus menulis disini. Agak sibuk terutama awal-awal tahun persekolah ini. Bermula dari 3 Januari saya telah berada di sekolah dalam persiapan menyambut kedatangan anak-anak baru prasekolah 2012. Awal tahun ini saya dibantu oleh Cik Shima sebagai Pembantu Pengurusan Murid (PPM) sementara kerana PPM cuti bersalin.3 bulan tu...lama ooo hihi...:)
     Murid Prasekolah SK Bekor 2012 ada seramai 17 orang, dengan murid yang berumur  6 tahun seramai 7 orang dan 5 tahun seramai 10 orang. Emmm sikit pulak bilangan anak-anak tahun ni...murid tahun ini nampak sedikit berani berbanding tahun sebelum-sebelum ini. Hari pertama je, saya datang sekolah agak terkejut kerana murid duduk di tempat masing-masing tanpa ditemani oleh ibubapa,bagusnya...tapi semua tunduk tatap meja.hihi..takutla tu..
    Murid masih malu-malu tapi mahu juga bercakap, biasalah kena pujuk-pujik sikit..oo ye hari pertama sekolah ni juga,untuk kali pertamanya selepas 6 tahun saya mengajar,tangan saya digigit seorang murid. hihi..terkejut oo...gara-gara seorang ibu datang semula selepas pukul 9 pagi untuk melihat anak.Maklumlah anak bongsu..Emmm apa lagi "murid" tu nampak ibu dia automatik menangis nak ikut balik,sedangkan awal-awal pagi bagus je...emmm..anak-anak macam-macam ragam.
     Harapan saya murid-murid prasekolah 2012  ,terus Maju Jaya..JOM BELAJAR

   


No comments:

Post a Comment